ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
03 April, 2018
Lagi Sekali PBS Menerima Lawatan Student UITM Shah Alam
Selasa 4 April 2018...sekali lagi Persatuan Boccia Selangor (PBS) menerima lawatan akademik 3 orang Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sukan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA Shah Alam...(Kursus Leisure and Disablibities)......Semoga maklumat yang diberi dapat membantu tugasan akademik mereka. Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga pelajar..Muhammad Ridhwan Bin Said, Mohamad Syamil Asyraf Bin Fauzie dan Muhamad Rasydan Bin Che Ahmad kerana memilih PBS untuk tugasan akademik. Selamat maju jaya kami doakan untuk mereka bertiga, aamiin...