ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
26 Oktober, 2017
RDA EKSKLUSIF.
...Rabu 25 Oktober 2017, Ain menjalani kelas terapi berkuda bersama rakan-rakan rider Arif dan Janna. Seperti biasa aktiviti rda diselia oleh en.Muthu dengan dibantu oleh Mr. Tearrence dan Madam Jane. Selain itu Ibu-ibu juga turut turun padang. Lebih menarik lagi..hari ini ibu Arif dan saya (ibu Ain) berpeluang buat terapi berkuda sekali. Tidak dapat saya gambarkan betapi gembiranya kami semua ..jadi biarlah gambar-gambar yang menceritakannya...Jom kita layan gambar-gambar terapi berkuda kami hari ini..LAYANNNN.......Terapi berkuda versi Ain dan versi mak Ain.................Sebelum aktiviti kami berakhir..Ain, Arif dan Janna menerima cenderahati dari Jane. Jane akan meninggalkan program RDA kami untuk kembali ke negara asalnya England.TQVM Jane kerana sudah sekian lama membantu aktiviti terapi berkuda dan mengajar kami YOGA...TQVM. Hope suatu hari nanti kita semua akan berjumpa semula...Mudah-mudahan, aamiin...
Langgan:
Catatan (Atom)