26 Ogos, 2017

Boccia Selangor And Boccia Malaysia - Friendly Match

Sesi memanaskan badan... ______________________________
...Meskipun hari masih hujan namun seawal pagi Sabtu 26 Ogos 2017 Ain dan saya keluar rumah untuk bersama beberapa Atlet Boccia Selangor menyertai perlawanan persahabatan dengan team Boccia Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur. Acara yang dipertandingan...BC-3, Pare BC-4 dan Team gabungan BC-1 dan BC-2 ..Perlawanan kali ini, Boccia Selangor tidak diwakili pemain-pemain utama kami iaitu Shahrul (BC-1), Dale (BC-2) dan Farid (BC-4) kerana mereka telah dipilih mewakili pasukan Boccia Kebangsaan untuk Pertandingan Para Asean yang akan berlangsung pada bulan September di mana Malaysia menjadi tuan rumah......Semasa acara BC-3 berlangsung saya sempat berbincang dengan kapten team Boccia Selangor iaitu Salehudin untuk kelancaran permainan team kami...Ini adalah pengalaman pertama perlawanan tanpa pemain-pemain utama kami.......Kali ini kami berhadapan dengan kesukaran kerana tahun ini kami belum membuat latihan secara berpasukan, malah ada atlet yang belum pernah berlatih bersama kami. Atlet yang terlibat untuk team Boccia Selangor...Ain, Amir, Hakim, Kesava dan Saleh... Kesava merupakan atlet baru kami........Alhamdulillah, walaupun team kami kalah tetapi kami telah mendapat pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perlawanan persahabatan ini. Sebelum pulang kami mengambil gambar kenang-kenangan dan makan tengahari di sana....



'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...