16 Julai, 2017

Majlis Sambutan Raya RDA Polo Club Ampang

......Selasa 11 Julai 2017 bersamaan 17 Syawal 1438, Ain hadir di Majlis Sambutan Raya di Polo Club Ampang. Majlis meriah dengan kehadiran pelatih-pelatih RDA termasuk Ain, ibu/bapa, guru-guru, volunteers. Tatamu VIP kami YTM Raja Dato' Seri Azureen Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Al-Maghfullah Shah......Usai ucapan aluan-aluan dari big bos..YTM Raja Dato' Seri Azureen bergerak dari meja ke meja pelatih-pelatih RDA untuk menyampaikan duit raya. Alhamdulillah Ain masih diingati oleh tuanku Sayang. Pipi ain dicuit sambil disapa oleh YTM Raja Dato' Seri Azureen. Macam biasalah Ain tersengeh je......Kemudian kami menjamu selera dengan perbagai juadah. Antaranya Nasi goreng, nasi lemak, rendang, ketupat, lemang, mee kari, rojak..airnya , air sirap dan cendol..emm...semuanya sedap......Sambil makan sambil possing-possing......Sebelum tetamu VIP meninggalkan majlis kami sempat bergambar dan bersalam-salaman. YTM Raja Dato' Seri Azureen sempat mencium umbun-umbun kepala Ain. Ain sekali lagi bersalaman dengan YTM sambil tersenyum. Semoga di lain waktu kami bisa ketemu lagi dengan Tengku Sayang... aamiin...
...Jam 12 ++ kami bersurai. Ain membawa balik nasi lemak dan rojak sebab tadi Ain makan sedikit saja juadah yang tersedia tu....Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi naaa...