22 Julai, 2017

Training Boccia

...Sabtu 22 Julai 2017, Ain bersendirian training......Harini Ain hanya buat latihan santai saja sebab Ain masih belum sihat sepenuhnya...ada saki baki selsema dan batuk...

20 Julai, 2017

Ain With RDA Group Wednesday

...Rabu 19 Julai 2017, Ain bersama kawan-kawan RDA group Rabu mengikuti kelas RDA selepas bercuti selama sebulan. Hari ni hanya ada en.Muthu (Orang kuat RDA) dan Nor (Mak abang). Untuk itu, saya dan Mummy Janna bergilir-gilir lead Pumkin......Berkat kerjasama bersama, kelas RDA hari ini berjalan lancar dan dengan jayanya, Alhamdulillah...TAHNIAH kepada semua yang terlibat.

17 Julai, 2017

Ain Sensitif Hari Ini

Aduhai...bukan senang nak tengok Ain menangis. Harini Ain sensitif pula...Tak bagi dia main latop (Tengok YouTube/dengar lagu).. tau-tau udah meleleh ayor matenya weh!!! Apa lagi kena sakat le..inilah yang sempat kami snap dan abadikan dalam entri blog ini... Namun wajah comel tetap ada walaupun nangis...koikoikoi...

16 Julai, 2017

Majlis Sambutan Raya RDA Polo Club Ampang

......Selasa 11 Julai 2017 bersamaan 17 Syawal 1438, Ain hadir di Majlis Sambutan Raya di Polo Club Ampang. Majlis meriah dengan kehadiran pelatih-pelatih RDA termasuk Ain, ibu/bapa, guru-guru, volunteers. Tatamu VIP kami YTM Raja Dato' Seri Azureen Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Al-Maghfullah Shah......Usai ucapan aluan-aluan dari big bos..YTM Raja Dato' Seri Azureen bergerak dari meja ke meja pelatih-pelatih RDA untuk menyampaikan duit raya. Alhamdulillah Ain masih diingati oleh tuanku Sayang. Pipi ain dicuit sambil disapa oleh YTM Raja Dato' Seri Azureen. Macam biasalah Ain tersengeh je......Kemudian kami menjamu selera dengan perbagai juadah. Antaranya Nasi goreng, nasi lemak, rendang, ketupat, lemang, mee kari, rojak..airnya , air sirap dan cendol..emm...semuanya sedap......Sambil makan sambil possing-possing......Sebelum tetamu VIP meninggalkan majlis kami sempat bergambar dan bersalam-salaman. YTM Raja Dato' Seri Azureen sempat mencium umbun-umbun kepala Ain. Ain sekali lagi bersalaman dengan YTM sambil tersenyum. Semoga di lain waktu kami bisa ketemu lagi dengan Tengku Sayang... aamiin...
...Jam 12 ++ kami bersurai. Ain membawa balik nasi lemak dan rojak sebab tadi Ain makan sedikit saja juadah yang tersedia tu....Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi naaa...

01 Julai, 2017

Ke Kedah Meraikan Majlis Persenaliti TV

...Seawal pagi Khamis 29 Jun 2017 bersamaan 5 Syawal 1438...Ain sekeluarga bertolak menuju Kedah Darul Aman bagi meraikan majlis kenalan yang banyak berjasa kepada anak-anak CP. Sepanjang perjalanan kami mengharungi hujan yang sekejap turun sekejap berhenti. Walau bagaimanapun perjalanan kami berjalan lancar dan selamat sampai ke rumah pengantin setelah mendapat kiriman lokasi dari pengantin. Kami sampai saat hujan turun lebat maka berpayunglah kami. Walau bagaimanapun, tidak menjadi hal sebab gembira dapat hadir ke majlis ni......Setelah menemui bapa dan kakak pengantin..kami dijemput menjamu selera. Selok usai makan rombungan pengantin sampai. Jom kita tengok gambar-gambar sepanjang majlis ni yang sempat kami snap......Alhamdulillah sebelum beredar untuk balik kami berkesempatan bergambar bersama pengantin. Terima kasih atas kesudian pengantin datang ke tempat duduk Ain semata-mata jumpa dan bergambar dengan Ain sebab laluan tak berapa sesuai untuk membawa Ain menemui pengantin di pelamin......Kami doakan semoga pasangan pengantin Sharkawi & Noridayu bahagia berkekalan hingga ke Jannah aamiin...Jam 2 lebih kami beredar dari majlis dan singgah rumah saudara di Seberang Jaya. Alhamdulillah biarpun meredah jam yang panjang kami selamat sampai ke rumah dalam jam 10 malam.