09 Mei, 2017

Terapi Bersama - Ain dengan kawan-kawan

Aktiviti terapi/rawatan alternatif secara berkumpulan :...Alhamdulillah...Hasrat saya..Hasrat yang sudah terpendam lama untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak istimewa untuk turut serta mencuba rawatan alternatif Hidroterapi Ais (HDI) seperti Ain akhirnya tertunai sudah. Aktiviti pertama dibuat pada Ahad 30 April 2017 (Waktu pagi sampai tengahari/petang). Bertempat di Home Spa Ice Therapy. No.28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, 40100 Shah Alam, Selangor....
Pada awalnya saya telah mempelawa seramai 10 orang anak-anak istimewa untuk turut serta namun..hanya empat orang sahaja yang hadir. Keempat-empat mereka telah mencuba Hidroterapi Ais (HDI) dan seorang (Ibu) mencuba urutan seluruh badan.......Aktiviti kedua pula dilaksanakan pada Ahad 7 Mei 2017 sebelah petang....Kali ini yang terlibat dari group Frame Football merangkap kawan-kawan Terapi Berkuda Ain...tapi hari ini, hanya dua orang saja yang dapat hadir dan kedua-dua anak istimewa itu mencuba rawatan mandian ais (HDI). Sebelum mandi ais kesemuanya dimestikan mandi di Kolam Renang yang airnya mengandungi garam...Info berkaitan mandian ais bolehlah rujuk di entri...http://ain-kauyangteristimewa.blogspot.my/2017/04/rawatan-altetnatif-hidroterapi-ais.html.
...Hari ini Ain tidak turut serta buat hidroterapi ais...Ain sekadar meraikankawan-kawan saja......Sebelum pulang..sudah pastinya kami possing...
...Di sini saya lampirkan gambar-gambar persekitaran Home Spa Ice Therapy...Persekitaran yang sangat cantik lagi mendamaikan....

Ini adalah pakej yang ditawarkan kepada saya untuk Aktiviti terapi/rawatan alternatif secara berkumpulan.
Tempat : Home Spa Ice Therapy. No.28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11,40100 Shah Alam,Selangor.

Terapi Pilihan samada..
1. Mandi kolam renang + garam ~ RM xx seorang dewasa..anak free seorang
2. Mandi ais (HDI) ~ RM xx (30 minit)
3. Urutan seluruh badan ~ RM xxx (1 jam)
4. Mandi ais & urutan ~ RM xxx
5. Produk CVT (colour vibration therapy) dgn harga ahli.

Nama Peserta yang terlibat :
1. Aina Mashitah Mohd yunos
2. Aleeya Eisha
3. Adam Bakhtiar
4. Vahida
5. Arif
6. Rizki
In Shaa Allah..jika masa mengizinkan..akitiviti ini akan diteruskan secara berkala..sekurang-kurangnya sebulan sekali......Ain sabar menanti kehadiran kawan-kawan terapi berkudanya iaitu Arif dan Rizki.
Kepada pihak CVT dan semua Staff Home Spa Ice Therapy..saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih atas layanan baik semua sehingga terlaksananya aktiviti ini dengan jayanya.....Terima kasih juga kepada semua peserta yang terlibat. Dengan izinNYA segalanya berjalan lancar...
Alhamdulillah...