ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
28 Februari, 2016
Berenang dan Berendam lagi....
...Rabu (petang) 24 Feb.2016 Ain dan emak ke homespa lagi untuk aktiviti berenang dan berendam dalam kolam air garam. Uncle merangkap ayah angkat Ain kata jadi duyung...duyung pun duyung le uncle heeee.........
.....Usai mandi Ain dan emak lepak sekejap di dalam homespa, emak buat solat Asar. Ain dijamu kopi suam dan donut special. Memang le lepas berendam hampir dua jam lamanya sudah pastinya perut bernyanyi keroncong untuk ana...lapar weh!!! Kemudian kami beredar untuk jalan-jalan cari makan. Sebelum tu possing sikit kat dalam kete. Kami sampai rumah waktu azan Magrib berkumandang...
07 Februari, 2016
Terapi Berkuda
01 Februari, 2016
HAPPY BIRTHDAY AIN
...Sabtu 31 January 2016, genap usia Ain 19 tahun. Ain diraikan di rumah kawan saya di Kg.Melayu Subang Tambahan. Semoga Ain sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT, aamiin....Terima kasi buat sahabat-sahabat yang meraikan birthday Ain..Terima kasih Ijat, Zalena dan Zainuri sekeluarga, Radzi, Rosnah, Norlida dan yang lain-lain yang ada masa tu.....Terima kasih pada yang sponser kek yang cantik dan enak rasanya tu. Ain seronok sangat, dia teruja nak tiup lilin dan potong kek...Juadah lain Kuin nona manis, roti yg saya buat, karipap, bihun goreng dan popiah goreng......Kami sempat possing......Selepas itu kami berangkat ke seksyen 14 Shah Alam buat memenuhi undangan walimatul urus anak kawan sekolah Sek.Seri Teja Gopeng. Di situ kami possing lagi...hahaha pasal possing bagi je dekat kami......Usai itu kami balik semula ke Kg.Melayu Subang. Selepas Asar kami beredar untuk pulang tapi sebelum itu kami singgah dahulu di Seksyen 13 makan nasi lemak......Terima kasih pada semua terutama pada uncle Ijat..Ain happy hari ini. Semoga Allah SWT perluaskan rezeki uncle di dalam rahmatNya yang tak putus-putus, aamiin...
Langgan:
Catatan (Atom)