15 November, 2016

Karnival Sukan Paralimpik MBPJ - MPM Edisi Ke 6 2016

Tanggal 12 & 13 November 2016 Persatuan Boccia Selangor terlibat dengan Karnival Sukan Paralimpik MBPJ - MPM Edisi Ke 6 2016. Perbagai jenis sukan OKU dipertandingkan termasuk sukan Boccia. Gelanggang pertandingan berjalan di beberapa lokasi. Acara Boccia berlangsung di Dewan Komuniti BU 3 Bandar Utama. Pertandingan dibahagi kepada tiga katagori iaitu Campuran BC-1 dan BC-2 Senior, Campuran BC-2 dan BC-3 Junior dan BC-4. Ain termasuk dalam katagori BC-2 dan BC-3 Junior. Katagori BC-3 ini pemainnya bermain dengan menggunakan Rem...Seawal pagi Sabtu 12 November saya dan Ain bergerak ke BU3 Bandar Utama. Sebagai pengajur sukan Boccia, pagi itu kami menyiapkan beberapa persiapan untuk kelangsungan pertandingan. Masing-masing dengan tugas yang ditetapkan. Kami juga dibantu oleh beberapa pelajar dari kolej swasta......Dalam pertandingan ini Ain mendapat tempat ke tiga......Acara penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Tenis di D'Kelana Kelana Jaya pada hari Ahad 13 November 2016)......Hadiah berupa Piala dan Duit......Selesai Karnival ini Boccia Selangor bersiap sedia untuk Pertandingan Boccia Sirkit 3 di Pusat Perkembangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur.