26 Julai, 2016

Training Boccia selepas bercuti lebih sebulan

Petang Isnin 25 Julai 2016, saya membawa Nur Ain (FB : Ain Ramadhania) menjalani latihan boccia di gelanggang kami di PJ. Harini ada ramai pemain Boccia Selangor yang turun training. Ada Dale, Farid, Saleh, Shahrul dan Yusuff. Ain seorang je pemain perempuan yang datang berlatih...Janna sekolah. Biasalah si Ain ni bila dah ramai mulalah dia main-main...tidak fokus, asyik memerhatikan orang je, ketawa menyakat orang......Untuk melatih Ain bukanlah satu kerja yang mudah. Fokusnya suka lari-lari. Kadang dia bermain dengan baik, kadang entah apa-apa bermainnya. Kena saborrrr jelaaaaa.......Bila dah berkumpul macam ni pastinyalah kami berbual santai sambil berehat, menyakat sudahlah tentu. DEngan mereka ni sudah mesra belaka, bagai keluarga dan sememangnya kami ni keluarga besar Persatuan Boccia Selangor.................................................................Sedikit video Ain sedang berlatih....
...........................................................................................Ain ni pantang dipuji...bila dipuji mulalah main tak betul.....ajenya si Ain ni....