30 September, 2015

Melaksanakan Ibadah Korban Bersama Aktiviti SMDARY64 - Part 2

...Seawal pagi Sabtu 26 Oktober 2015, bermulalah persiapan untuk ibadah korban. Senarai nama yang akan melakukan korban disemak. Empat ekor lembu akan dikorbankan. Ain turut menyaksikannya......Usai urusan penyembelihan, kerja-kerja melapah daging diteruskan. Daging-daging ditimbang untuk diedarkan......Kemudian kami bersarapan pagi...Sebelum bersarapan Ain sempat jalan-jalan ambil udara pagi......Hidangan istimewa pagi ni ialah mee goreng hasil tangan kawan ayah Ain yang namanya sama dengan nama ayah Ain. Tengoklah chef Malik masak mee goreng ni...sedap mee gorengnya......Jam 2 petang kamipun daftar keluar. Ain balik ke rumah arwah atok di Batu Gajah____________________________________________________________________________Di sini Ain sertakan video semasa ibadah korban dilaksanakan________

Melaksanakan Ibadah Korban Bersama Aktiviti SMDARY64 - Part 1

...Jumaat, 25 Oktober 2015 Ain sekeluarga daftar masuk ke D'Kebun Homestay yang terletak di Seri Iskandar Daerah Perak Tengah untuk melakukan ibadah korban anjuran 5 Series SMDARY64 iaitu aktiviti bekas pelajar sekolah ayah Ain iaitu Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaacob yang melibatkan pelajar yang lahir pada tahun 1964...Selepas pendaftaran kami masuk ke bilik kami yang bernama Syazana. Biliknya comel, dilengkapi dua buah katil queens size, sebuah peti ais, TV, seunit acond, ceret letrik beserta cawan dan piring serta sebuah bilik Ain.......Selepas minum petang, Ain bersama mak, abang dan adik berjalan-jalan melihat sekitar homestay yang ala-ala perkampungan. Menarik tempatnya......Haaa...cantikkan permandangan lanskap tempat ni. Siap ada ayam, arnab, burung, ikan, itik dan juga ada kucing...Selepas makan malam Ain tidur dengan lenanya. Esok kami perlu bangun pagi untuk melakukan ibadah korban di hari ke3 Aidil Adha.....

27 September, 2015

Video Training Boccia - 22 September 2015

..... Hari ini Ain training boccia bersama abang dan mak Ain______________________________________

Sambut Aidil Adha di rumah Opah

Tanggal Jumaat 25 September Ain sekeluarga menyambut Aidil Adha di rumah opah...Semua adik beradik mak Ain berkumpul di rumah opah. Kami masak rendang ayam dan nasi impit. Manakala pagi raya kami sempat bakar ayam belanda peliharaan pak tua Ain iaitu suami kakak mak Ain. Sementara lemang kami beli saja....Seperti biasa kami mengambil gambar kenangan bersama opah, keluarga acu dan pak su.....Gambar ni diambil di dalam rumah...ada opah dan adik baru kami adik Muhd Adib Syawal yang lahir pada raya ke dua raya aidil Fitri lepas..sudah besar adik Syawal tapi dalam gambar sudah menangis pula sebab mengantuk nak tidur.......Ain juga sempat bergambar dengan adik Rayyan yang tak tau duduk diam...ni kena peluk kuat-kuat adik Rayyan ni.....Yang ini gambar Ain sekeluarga......Ain sempat juga jalan-jalan ambil angin segar kampung di sekitar rumah opah...Manakala gambar di bawah ini pula adalah makanan tradisi orang Rawa yang di panggil Kelamai atau gelamai ianya satu resepi warisan nenek moyang yang selalunya menjadi juadah wajib bagi orang Rawa semasa perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha. Orang Rawa merupakan keturunan yang berasal dari Pagar Ruyung Indonesia. Mereka banyak terdapat di negeri Perak terutama di daerah Gopeng Perak. Kelamai ini diperbuat daripada pulut yang dikisar kasar menjadi tepung pulut dan ditambah ramuan gula kabung/gula merah, gula putih, tahi minyak dan kerisik yang kemudiannya adunan ini diperap sekurang-kurangnya tiga hari sebelum di masuk ke dalam buluh untuk dibakar seperti membakar lemang. Buluh kelamai bukanlah seperti buluh lemang. Buluh kelamai dari jenis buluh yang lebih besar, tebal dan mempunyai ruas pendek. Bahagian kulit hijaunya ditarah bagi menipiskan sedikit untuk memudahkan proses memasak dan memakan. Kelamai dibuka seperti membuang kulit tebu dan kelamai ini boleh disimpan untuk tempoh beberapa bulan. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya... ...Jam 5.30 petang Ain sekeluarga bergerak ke Batu Gajah iaitu rumah arwah atok Ain yang bersebelahan dengan rumah abang ayah Ain...

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...