31 Mei, 2015

Majlis Hari Lahir di KFC Kajang/Sg.Chua.

..Tanggal 26 Mei pertama kali menyambut hari lahir bersama kawan-kawan baru PPKI 18(1) di KFC Kajang vs Sg.Chua. Selepas rehat kami bergerak ke Kajang dengan menaiki bas. Ini juga merupakan aktiviti pertama Ain menyertai kawan-kawan dengan menaiki bas. Mak Ain juga turut serta......Cikgu-cikgu, PPM dan staff KFC sibuk membuat hiasan di tempat majlis dan menyiapkan jamuan. Sementara itu kami murid-murid melakukan beberapa aktiviti. Kawasan majlis penuh dengan belon yang pelbagai warna.......Ain juga mengambil kesempatan bermain belon bersama kak Tasya dan beberapa aktiviti/game.......Selepas Cikgu Fatimah selaku guru Penyelaras merangkap GPK PPKI 18(1) berucap kami pun mula menjamu selera dengan ayam KFC dan minuman yang telah ditempah khas oleh pihak PPKI. Disusuli majlis potong kek dan pemberian hadiah hari lahir......Selepas bergambar beramai-ramai kami pun berkemas-kemas untuk pulang. Terima kasih pada cikgu-cikgu dan PPM yang membantu mengangkat Ain naik dan turun dari tingkat atas KFC berkenaan....Ini adalah permandangan dari tingkat satu.......Sampai di sekolah Ain dan mak terus ke kereta dan beredar pulang ke rumah....Sungguh seronok aktiviti hari ini walaupun terasa penat....Nah! Tu dia orang kepenatan....hahaha..tidur dengan nyenyaknya sampai tak sempat tukar baju....

18 Mei, 2015

Latihan Bangun, Berdiri & Duduk - oklah tu!!!

Cerita pg tadi Isnin, 18 Jun 2015...pantang ada tempat dan kesempatan, pasti mak Ain akan buat terapi untuk Ain. Ini di depan kelas ppki...Ain buat latihan bangun, berdiri dan duduk....sempat buat sebelum Ain dibawa oleh ppm Azmi ke dewan di tingkat 1 utk perhimpunan pagi.......Untuk itu siapa kata kalau tiada peralatan rehab kita tak boleh buat fizio terapi. Tengok! Ain boleh pun buat terapi bangun, berdiri dan duduk di pembahagi besi tu...Pepatahpun ada kata, 'Hendak seribu daya, tak nak seribu daleh'. Heee....

16 Mei, 2015

SELAMAT HARI GURU - Terima kasih Cikgu

Sempena hari guru Ain mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia khasnya buat guru-guru pendidikan khas terutama guru-guru di PPKI 18(1) dan PPKI 9(2). Jasa tetap dikenang, TERIMA KASIH CIKGU...Untuk itu, Terimalah klip video ini khas untumu CIKGU______________________________Ini gambar-gambar yang diguna pakai untuk klip video di atas....

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...