ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
18 November, 2013
Jamuan Makan Colour Vibration Therapy di Family Home Spa Ice Therapy.
..Selepas selesai Kursus Lanjutan Eksklusif di PerputakaanRaja Tun Uda di seksyen 13..kami beredar ke Family Home Spa Ice therapy di seksyen 11 untuk Jamuan CVT......Pelbagai juadah yang pihak CVT sediakan...ada kambing panggang, satey, nasi impit, rojak, laksa, mee kuah/kari, minuman cendol, oren, ais sirap juga kuih mueh...sampai tak tau nak makan mana satu....tapi yang paling seronok ain dapat jumpa dengan Prof. Emeritus Dato' Seri Dr. Norhisham Wahab, tapi berbual punya pasal sampai mak terlupa nak ambil gambar Ain dengan Prof.NW. Banyak yang Prof tanya dan cakap pasal perkembangan Ain selepas rawatan serta Prof pesan supaya Ain datang dan teruskan rawatan...Terima kasih Prof. Emeritus Dato' Seri Dr. Norhisham Wahab atas rasa keprihatian Prof terhadap kes/permasalahan Ain...Terima kasih atas budi baik Prof.....ini acara cabutan nombor bertuah tapi hari ni Ain tak berapa bertuah sebab nombor bertuah Ain,mak dan abang tak bertuah. Walau bagaimanapun, Ain masih bertuah kerana dapat ampau dari Prof.......Tak banyak gambar yang diambil sebab tetamu ramai....Jam 4 petang Ain pun beredar selepas jumpa Prof.NW, aunty V dan DR. Aitiqa...Sempat juga jumpa DR. Ahmad Basri, Prof.Muhammad (abang Prf.NW), DR. Su, DR.Yati, aunty Farhana dan aunty Zaharah.....Bukan senang dapat jumpa mereka ni tapi hari ini Ain dapat jumpa....
Gapurna Annual Charity Luncheon - The Saujana Hotel
..Sabtu, 16 Nov.2013 Ain, mak, abang dan warga PKKI Hulu Langat mengunjungi The Saujana Hotel untuk memenuhi undangan pihak Korporat GAPURNA GROUP bagi memeriahkan majlis Annual Charity Luncheon GAPURNA. Selain PKKI, ada juga badan-badan NGO OKU lain yang datang dari Ipoh, Tmn.Megah. Klang dan Kajang serta beberapa individu perseorangan yang menerima bantuan dari GAPURNA.....Ketibaan kami disambut oleh kakitangan GAPURNA. Macam biasalah tentulah abang yang akan dokong Ain untuk naik dan turun dari bas....Terima kasih abang kesayanganku. gaduh gaduh juga dengan abang heeee........Sebelum masuk kami diminta bergambar di ruang khas yang telah disediakan...possinglah apa lagi......Di meja sudah tersedia sajian dan minuman......Sambil menjamu selera Ain sempat bergambar dengan Datin Yasmin Mohamed Ashraff (Executive Director, Gapurna Group) dan menyaksikan persembahan dari rakan-rakan Ain dan wakil dari NGO-NGO yang menjadi tetamu GAPURNA......Selain nasi briani pelbagai menu di sediakan untuk kami...semuanya enak belaka......Ini sup kambing, sedappppp...Ain suka ni.......dalam jam 1 tengahari kamipun beredar untuk pulang dengan membawa cenderahati sebuah bag sekolah setiap seorang. Terima kasih GAPURNA GROUP.....Hari ini juga mak sempat meyerahkan (By hand) surat dari MyCP untuk YBhg. Datuk Mohamad Salim Bin Fateh Din (Managing Director, Gapurna Group)...Semoga isi kandung surat itu (Hajat MyCP) mendapat perhatian Datuk, ameen.......semua ini adalah antara yang terindah dalam hidupku..,Ain Kau Yang Teristimewa....
17 November, 2013
Jamuan Akhir Tahun dan anugerah cemerlang
Jumaat 15 Nov.2013, PPKI sekolah Ain mengadakan majlis Jamuan Akhir Tahun dan Anugerah cemerlang.......Tahun ni Ain dapat anugerah Pencapaian Akademik 2 (Kelas Nekad)dan cenderahati dari PPKI...Ummi kak Atiqah dan ayah Aizad juga diberi kesempatan memberikan hadiah dan cenderahati pada Ain. Terima kasih acik Siti , terima kasih pakcik Azmi...Sambil menjamu selera...kawan-kawan Ain membuat persembahan......Terima kasih Cikgu, Insya Allah tahun hadapan kita jumpa lagi....Ain saaaayang semua :)
15 November, 2013
Ke Salon Rambut Bersama aunty V & DR. Atiqa
Khamis 14 Nov. selepas selesai sesi rawatan aunty V dan DR. Atiqa bawa Ain ke SACC Mall shah Alam untuk potong dan fesyenkan rambut Ain...yang bestnya, aunty V yang belanja, TQ aunty...ini merupakan pengalaman pertama Ain potong rambut di salon rambut sebab sebelum ni emak yang potong rambut Ain......Mula-mula sekali tentulah rambut dibasuh apatah lagi rambut Ain berminyak kesan minyak urutan masa buat rawatan di Family Home Spa Ice Therapy petang tadi...tiada masalah untuk kakak membasuh rambut Ain sebab Ain budak baik dan tak banyak ragam serta mudah memberikan kerjasama..(Puji diri sendiri. hahaha...)......kakak juga tiada masalah untuk memotong dan mefesyenkan rambut Ain. Rambut Ain dipotong pendek untuk membuang memori lama dan diganti dengan memori baru..itu adalah sebahagian dari ilmu rawatan CVT.....kata Kakak dia nak potong rambut Ain ikut gaya rambut pendek Rihanna...siapa Rihanna tu, Ain pun tak tahu...(artis luar negara rupanya)...ni dia orangnya.....inilah rambut baru Ain....hahaha...ada macam gaya rambut pendek Rihanna tak??....Lepas selesai gunting rambut aunty dan kak Atiqa bawa Ain makan Pizza...jam 9.45 kami pun balik ke rumah masing-masing...Ain sampai rumah hampir jam 10.45....penat tapi seronok melalui pengalaman baru...Terima kasih semua. Potong rambut tadi kakak bagi diskaun.....
09 November, 2013
Cacatan Buat Renungan....
Hari ini saya ingin menitipkan satu tulisan yang molek untuk kita kongsi dan renung-renungkan. Tulisan ni dari portel rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Orang Kurang Upaya (Oku)
Dari Perspektif Islam
Orang Kurang Upaya (OKU) merujuk
kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka
hidup berdikari dalam komuniti. OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori mengikut kekurangan yang dialaminya seperti (a) kecacatan perkembangan
(terencat akal), (b) cacat angota, (c) cacat penglihatan, (d) cacat
pendengaran, (e) cacat pembelajaran (learning disabilities), (f) autisme, (g)
bisu dan seumpamanya.
Semua mereka ini memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan
mereka hidup berdikari. Misalnya, orang yang cacat penglihatan, perlu kepada
kemahiran membaca dan menulis Braille sebelum ia boleh menggunakan kemahiran
itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Begitu juga,
orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa
isyarat sebelum boleh menggunakannya untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga akhir
tahun 1999, terdapat seramai 86, 346 orang kurang upaya dengan pecahan-pecahan
berikut:
Cacat penglihatan : 12, 874 orang
Cacat pendengaran : 15, 876 orang
Cacat anggota : 29, 469 orang
Cacat akal : 28, 129 orang
Cacat pendengaran : 15, 876 orang
Cacat anggota : 29, 469 orang
Cacat akal : 28, 129 orang
Walau bagaimanapun, ini bukanlah angka sebenar bilangan OKU di negara
ini kerana masih ramai yang tidak mendaftarkan diri mereka atau tidak
didaftarkan di JKM.
Dari persepktif Islam, setiap anak yang lahir itu adalah kurniaan Allah
kepada kedua ibubapanya, baik anak itu dilahirkan sempurna, mahupun sebaliknya.
Kurniaan ini pula bukanlah diberi begitu sahaja, sebaliknya dengan segala
tanggungjawab dan amanah yakni untuk membesarkan anak itu agar menjadi manusia
yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakatnya. Jadi, sama ada anak itu
sempurna mahupun tidak, tanggungjawab membesar dan mendidik mereka masih
terletak di bahu kedua ibubapa.
Selain itu, anak juga merupakan ujian kepada kedua orang tuanya, untuk
melihat ketaqwaan serta keimanan mereka. Ini disebut dalam al-Quran, pada ayat
28 Surah al-Anfaal yang bermaksud, “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah
pahala yang besar.”
Apabila dikatakan anak sebagai ujian, ia bermakna melalui anak itu Allah
menguji kedua orang tuanya. Bila kita katakan Allah menguji kedua orang tua
melalui anak mereka, ia tidak semestinya bermaksud Allah menguji ibubapa dengan
memberikan anak-anak yang tidak sempurna. Walaupun ibubapa yang memiliki
anak-anak yang tidak sempurna ini diuji dengan hebat, tidak kurang ibubapa yang
diuji Allah walaupun anak-anaknya sempurna belaka. Walau bagaimanapun,
ujian-ujian ini adalah lumrah hidup bagi orang Islam dan Rasulullah pernah
bersabda yang bermaksud, “Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin
lelaki dan wanita yang mengenai dirinya, hartanya, anaknya (dengan sabar)
sehingga ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Jadi, dalam Islam, sama ada anak itu sempurna atau sebaliknya, ia adalah
kurniaan Allah dan ibubapa perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk
membesar dan mendidik anak-anak itu. Di masa yang sama, ibubapa harus ingat
bahawa anak-anak juga adalah ujian dari Allah dan jika ujian ini dihadapi
dengan redha dan sabar, maka akan ada ganjarannya di akhirat kelak.
Ibubapa yang dikurniakan anak yang kurang upaya hendaklah redha dengan
kurniaan tersebut. Dengan adanya sifat redha ini, akan lebih mudahlah bagi
mereka untuk menerima hakikat tersebut dan seterusnya mengambil langkah-langkah
yang sesuai untuk membantu anak itu. Tanggungjawab terhadap anak itu perlu
dilaksanakan sama seperti anak-anak lain dengan memberi makan-minun, pakai dan
tempat tinggal yang selesa, memberi perhatian yang sewajarnya, pendidikan serta
bimbingan. Satu perkara yang perlu diingat ialah anak kurang upaya memerlukan
perhatian yang lebih dari anak normal kerana jiwa mereka yang lebih sensitif.
Mereka juga perlu diberi pendidikan agama kerana walaupun cacat, mereka tetap perlu
menjadi seorang Muslim yang baik. Tambah pula, ilmu agama ini akan memudahkan
mereka menerima hakikat kelahiran yang sedemikian rupa. Ibubapa juga perlu
memberikan motivasi kepada anak-anak ini agar tidak berputus asa dalam
menghadapi hidup.
Membesarkan anak kurang upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Berbagai
cabaran yang akan dihadapi. Namun segalanya perlu dihadapi dengan tabah dan
sabar . Sabar dengan kepenatan (terutamanya jika anak tadi tidak boleh
menguruskan dirinya sendiri dan memerlukan kedua ibubapa menguruskan dirinya).
Sabar dengan kerenah anak itu. Sabar dengan segala keperluannya (baik dari segi
masa, penjagaan, rawatan, ubatan dan sebagainya). Oleh itu, kesabaran perlu ada
pada diri ibubapa yang memiliki anak-anak kurang upaya.
Di samping itu, ibubapa perlu ingat bahawa walaupun anak itu kurang dari
satu aspek, ia tentu mempunyai kelebihan dalam aspek yang lain. Sebagai contoh,
orang yang cacat penglihatan biasanya terang mata hatinya. Jadi, ibubapa perlu
mencari kelebihan serta kekuatan anak tersebut dan mengembangkannya. Sebagai
contoh, seorang anak yang cacat penglihatan, mungkin berbakat untuk menjadi
penyair yang terkenal.
Jadi, dalam membesarkan anak-anak kurang upaya, ibubapa perlu redha,
sabar, melaksanakan tugas dan memfokus kepada kekuatan anak itu.
Sebaliknya, jika ibubapa tadi bersikap dengan sikap-sikap sebaliknya
seperti tidak redha, tidak sabar dan enggan melaksanakan amanah, maka bukan
sahaja ia memudaratkan dirinya sendiri tetapi juga anak yang tidak berdosa itu.
Misalnya, jika ibubapa tadi tidak redha dengan pemberian Allah dan
terus-terusan bertanya, “Mengapa Tuhan memberikan aku anak yang cacat?” atau
“Mengapa aku yang terpaksa mendapat anak yang cacat dan tidak orang lain?”,
maka, ia bukan sahaja dimurkai Allah kerana tidak menerima qahda dan qadar,
serta mempersoalkan kuasa Allah tetapi juga dengan sikap yang sedemikian,
mereka tidak akan menerima hakikat tersebut. Bila ibubapa tidak mahu menerima
hakikat itu, maka agak sukar untuk mereka bertindak balas sewajarnya. Jika pasangan
itu tidak sabar pula, maka ada kemungkinan anak tadi akan disakiti, baik secara
mental, mahupun fizikal. Begitu juga, jika ibubapa tadi tidak mahu melaksanakan
tanggungjawab mereka terhadap anak itu, mereka mungkin akan mengabaikannya dan
kebajikan anak itu tidak akan terurus.
Bagi pihak insan-insan yang istimewa atau orang-orang kurang upaya
inipun, ada sikap-sikap tertentu yang perlu mereka ambil. Misalnya, mereka
hendaklah redha dengan ketentuan Tuhan. Tentu ada sebabnya mengapa Tuhan
lahirkan atau tentukan hidup mereka begitu. Usah dipersoalkan mengapa Tuhan
jadikan begitu – itu hak Allah. Sebaliknya, terima hakikat itu dan lakukanlah
sebaik mungkin dengan apa yang ada. OKU juga perlu tabah menghadapi segala
cabaran yang melanda. Mereka perlu kuatkan semangat dan cekalkan hati kerana
dengan kekurangan-kekurangan itu, mereka memerlukan usaha-usaha yang lebih
berbanding orang-orang yang normal. Oleh itu mereka tidak boleh mudah berputus
asa. OKU juga perlu sabar dengan segala dugaan yang mendatang. Minta bantuan
keluarga untuk mengenalpasti kelebihan yang ada pada diri serta kembangkan
kelebihan itu dan jika boleh, gunakan kelebihan itu untuk berdikari dalam
hidup.
Bagaimana pula sikap kita – ahli masyarakat yang normal – terhadap
golongan kurang upaya ini? Kita perlulah melayan mereka sama seperti kita
melayan orang yang sempurna. Kekurangan yang mereka miliki bukanlah tiket untuk
kita melayan mereka secara sambil lewa, apa lagi untuk menghina mereka.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada satu
peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan bahawa pada suatu
hari Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh Ummu Maktum iaitu seorang yang
cacat penglihatan. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang sibuk melayani pemuka-pemuka
Quraish dan mendakwah mereka kepada agama Islam. Melihat kehadiran Ummu Maktum,
Baginda pun memalingkan muka Baginda dari beliau kerana ingin menumpukan
perhatian kepada pemuka-pemuka Quraish tadi. Dengan kejadian itu, Allah pun
mewahyukan ayat 1- 11, Surah Abasa yang bermaksud,
“Ia memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi orang buta. Dan
apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya wahai Muhammad)? Barangkali ia
mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapati daripadamu)! –
ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat
kepadanya. Adapun orang yang merasakan keadaannya telah cukup, tidak berhajat
lagi ( kepada ajaran Al-Quran), maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari
keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan
takutnya (melanggar perintah-perintah Allah) – maka engkau berlengah-lengah
melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat
Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). ”
Diriwayatkan bahawa setelah turunnya ayat-ayat itu, Rasulullah s.a.w.
pun mengalihkan perhatiannya kepada Ummu Maktum.
Peristiwa di atas menunjukkan bahawa walaupun seseorang itu ada
kecacatan tertentu, maka kita harus melayaninya seperti orang lain, terutama
jika mereka mendekati kita bagi tujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Oleh itu, sebagai ahli
masyarakat yang akan sentiasa berdepan dengan OKU, kita perlulah mengamalkan
sikap-sikap yang tertentu agar kebajikan serta hak-hak mereka terpelihara.
Pertama sekali, kita perlu menerima mereka sebagai sebahagian dari ahli
masyarakat kita. Kehadiran mereka bukanlah untuk dihina atau diketawakan tetapi
untuk difahami dan dibantu. Selain itu, kita perlu tahu kekurangan serta
keperluan mereka agar dengan pengetahuan itu, kita dapat memberi
kemudahan-kemuadahan yang diperlukan seperti tandas khas, tempat letak kereta
serta laluan yang mudah untuk ke mana sahaja atau untuk melakukan apa sahaja.
Di masa ini, memang telah ada tandas khas dan tempat letak kereta khas
untuk OKU tetapi kewujudannya tidak terlalu meluas. Malah, seringkali juga
kemudahan-kemudahan ini disalahguna oleh orang-orang yang sempurna. Berkaitan
dengan laluan yang mudah pula, apakah kita menyediakan laluan untuk kerusi roda
yang bersesuaian? Apabila kita sedang berbaris untuk membayar bil atau apa
sahaja, apakah kita mengharapkan OKU itu berbaris juga?
Begitu juga rumah-rumah ibadat, apakah ia mesra OKU? Masjid kita, apakah
ada tempat letak kereta untuk OKU? Laluan kerusi roda untuk mereka
bersembahyang berjemaah di Hari raya, misalnya? Apakah ada kelas-kelas tertentu
untuk mereka mendapatkan bimbingan? Bolehkah seorang yang cacat penglihatan
pergi ke masjid untuk belajar membaca al-Quran? Bolehkah seorang yang cacat
pendengaran pergi ke masjid untuk diberi penerangan tentang Islam dengan
menggunakan bahasa isyarat? Jika semua soalan yang diutarakan pada para ini
dijawab dengan “Tidak”, apakah sebenarnya persepsi kita tentang OKU? Apakah
kita melihat kekurangan mereka sebagai satu pengecualian dari tanggungjawab
untuk mendalami serta mengamalkan Islam seperti orang lain? Atau kita memang
tidak pernah memikirkan hal ini?
Untuk hidup bersama dengan OKU, kita perlu menjaga sensitiviti mereka.
Seorang OKU (cacat anggota yang memerlukannya duduk di atas kerusi roda) pernah
bercerita tentang pengalaman dirinya sendiri di mana di masa kecil, kawannya
dihalang dari bermain dengannya dengan kerap kerana ibu kawannya itu takut
anaknya tidak mendapat latihan jasmani yang mencukupi (memandangkan tiada
banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan seorang yang duduk di atas kerusi
roda). Begitu juga seorang yang saya kenali menakut-nakutkan anaknya dengan OKU
yang tinggal di sebelah rumahnya. Apakah ini caranya kita mendidik anak?
Bukankah kita patut mengajar mereka berbaik dan membantu OKU dan bukan
sebaliknya?
Kita juga patut membantu golongan kurang upaya ini baik dari segi kewangan, mahupun tenaga. Saya difahamkan, dalam masyarakat kita, memang ada banyak pertubuhan kebajikan tetapi kebanyakannya bertumpu kepada menjaga kebajikan anak yatim dan begitu sukar untuk mencari pertubuhan Islam yang menjaga kebajikan OKU. Mengapa? Apakah kerana al-Quran tidak menyebut perkataan “OKU” maka kita rasa mereka tidak perlu dibantu? Apakah kerana mereka bukannya salah satu dari asnaf zakat, maka kita merasakan mereka tidak perlu dibantu? Bukankah mereka juga termasuk dalam kategori “orang-orang yang memerlukan”? Jadi, kita sebagai orang Islam, perlu prihatin tentang perkara ini.
Kita juga patut membantu golongan kurang upaya ini baik dari segi kewangan, mahupun tenaga. Saya difahamkan, dalam masyarakat kita, memang ada banyak pertubuhan kebajikan tetapi kebanyakannya bertumpu kepada menjaga kebajikan anak yatim dan begitu sukar untuk mencari pertubuhan Islam yang menjaga kebajikan OKU. Mengapa? Apakah kerana al-Quran tidak menyebut perkataan “OKU” maka kita rasa mereka tidak perlu dibantu? Apakah kerana mereka bukannya salah satu dari asnaf zakat, maka kita merasakan mereka tidak perlu dibantu? Bukankah mereka juga termasuk dalam kategori “orang-orang yang memerlukan”? Jadi, kita sebagai orang Islam, perlu prihatin tentang perkara ini.
OKU adalah sebahagian dari masyarakat kita. Sebagaimana mereka merupakan
ujian Allah kepada kedua orangtua dan keluarga mereka, mereka juga adalah ujian
kepada kita. Dengan segala kekurangan yang mereka miliki serta kelebihan yang
ada pada kita, bagaimanakah kita berinteraksi dengan mereka? Apakah kita
menggunakan kelebihan-kelebihan kita untuk memudahkan mereka atau apakah
kelebihan-kelebihan kita itu mengaburkan mata hati kita terhadap
keperluan-keperluan mereka lantas menafikan hak-hak mereka terhadap kita?
Bukankah nikmat-nikmat yang kita miliki ini juga merupakan ujian Allah buat
kita?
06 November, 2013
Hidroterapi air Garam....Rawatan Alternatif
05 November, 2013
Santai hari keluarga di Chalet Rimba Jinbara Kg.Kemensah
Hari ini 2 November 2013...keluarga Ain dan 7 lagi keluarga dari geng surau ayah bercuti santai 2 hari 1 malam di Chalet Rimba Jinbara Kampung kemensah Ulu Klang. kami tiba dalam jam 11 pagi. Selesai memasukkan barang-barang ke teratak/chalet masing -masing kami pun menjamu selera dengan juadah yang telah dibawa dari rumah masing-masing...makan di tepi sungai dengan suasana rimba dan deruan aliran air sungai tentulah menyelerakan... Ada nasi berlauk sambal sotong, kari ayam, masak kicap daging, ikan masin pekasam dan minumannya pula air sirap dan nescafe panas......Selesai makan kami pun mulalah turun ke sungai untuk mandi manda...Kami semua teruja sangat, almaklumlah jarang sekali jumpa sungai. Hari hujanpun kami mandi juga....aliran air sungai agak laju akibat hujan....Ain memang teruja sangat dan tiada rasa takut langsung......Malamnya selepas solat kami memulakan aktiviti BBQ tetapi Ain tak turut serta sebab tertidur kerana keletihan mandi manda di sungai. Hanya ayah dan abang yang menyertainya, manakala mak sertai sekejap saja sebab bimbang tinggalkan Ain dan adik di teratak/chalet kami....Esoknya di sebelah pagi mak membantu makcik-makcik sediakan sarapan pagi iaitu roti sosej goreng. Lepas makan Kami pun mandi...jam 11 pagi kami berkemas-kemas untuk pulang ke Taman Bukit Serdang......Di bawah ini Ain titipkan rakaman video deruan air sungai dan persekitarannya.....
Langgan:
Catatan (Atom)
'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1
Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2
Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni
Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...