ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
25 Februari, 2013
Bersama PM di KL Convention - 17 Mac
Walaupun sudah dekat sangat dengan PM dan isteri beliau, tapi Ain tak dapat nak bergambar dengan mereka cuma dapat bersalam saja....
Syarikat SONY Meraikan Anak-anak Istimewa.
11 Februari, 2013
Genting - AGread Chinese New Year, 7 Feb.2013
Ain dalam perjalanan menuju ke destinasi (Genting Highlands) untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Resorts World Genting. Kami bertolak dari PKKI jam 8.30 pagi dan tiba di Genting dalam jam 10.30 pagi....Perjalanan agak membosankan, bas pun macam tak larat nak naik je....Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datok Seri Liow Tiong Lai iaitu Menteri Kesihatan Malaysia. Antara ucapan yang diberi beliau ialah menyarankan masyarakat mengamalkan formula 5 kali lapan (88888) iaitu 80 peratus kenyang, makan sebelum jam 8 malam, minum 8 gelas air kosong, tidur 8 jam sehari dan berjalan 8 ribu langkah sehari. Selain itu beliau juga menyarankan kaedah pemakanan 3665 iaitu 3 sajian sayur-sayuran, 6 sajian bijirin, hadkan kepada 60 gram lemak dan hadkan kepada 5 gram garam dalam sehari. Sebenarnya....formula ini sudah menjadi ajaran/saranan dalam Islam....Ain dan Amirul sedang menerima ampau dan cenderahati dari VIP....ketika ini flash kamera bertali arus bagaikan artis dikerumuni wartawan media....Selesai menjamu selera kami menuju ke tempat permainan...Kali ini kami hanya dapat bermain di indoor game saja kerana outdoor game ditutup kerana hujan lebat di luar bangunan.....walau bagaimanapun, Ain, mak dan abang Ain dapat juga naik 'Antique Car' tetapi kenalah tempias-tempias hujan...heee....Sambil menunggu ketibaan bas untuk bertolak balik, Ain bergambar di sini....Terima kasih kepada pihak penaja Resorts World Genting dan terima kasih pada semua yang membantu.....
Langgan:
Catatan (Atom)