22 Mac, 2013

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam PPKI SMKPP 9(2)

Untuk julung-julung kalinya Ain menyertai aktiviti perkhemahan yang bermula pada Selasa 19 Mac hingga Khamis 21 Mac di Teratak Angah Kampung Kemensah Ulu Klang (Belakang Zoo Negara). Hampir semua murid terlalu teruja hingga ada antara kawan-kawan Ain yang sudah packeging pakaian mereka seawal hari Jumaat 15 Mac. HARI PERTAMA, 19 Mac...semua sudah terlalu teruja. Sementara menunggu trak JPAM sampai kami sempat bergambar...ada macam-macam gaya...Kami mula bergerak dalam jam 9 pagi.....Beberapa hamper untuk pemenang aktiviti dan hamper untuk diserahkan kepada pihak-pihak tertentu...Perjalanan ke destinasi yang memerlukan sikap berhati-hati kerana jalan agak sempit dan berbelok-belok...malah ada jurang hampir disepanjang jalan....SESI PENDAFTARAN..Selepas mendengar taklimat maka bermulanya aktiviti bergotong royong memasang khemah dan membina gajet. Abang dan mak Ain juga turut sama memasang khemah...Selepas itu tibalah waktu makan tengahariSebelah petang selepas solat Asar dan minum petang kami memulakan sesi riadah.....Sebelah malamnya pula, selepas solat magrib, tazkirah dan solat Isyak...setiap peserta mesti menamakam kumpulan serta melukis poster, logo dan motto kumpulan. Ain di bawah kumpulan satu (Warna Hijau) yang dianggotai 11 orang murid antaranya Asmat, Asyraf, Adila, Haziq, Syafiq.....Nama kumpulan Ain HELANG dan setiap kumpulan mesti memberi penerangan berkaitan poster yang dilukis seperti apa maksud motto kumpulan, apa maksud warna yang digunakan dan lain-lain....Selepas selesai mereka poster, kawan-kawan Ain menyertai aktiviti JATI DIRI KUMPULAN.. Mata mereka ditutup dengan kain dan bergerak secara berkumpulan dalam keadaan tanpa lampu. Setiap kumpulan akan dipandu oleh dua orang pemandu arah..seorang di hadapan dan seorang di belakang. Juru pandu arah hanya boleh menggunakan lampu suluh yg di suluh ke arah bawah sahaja. Ain tidak menyertai aktiviti ini kerana ianya tidak sesuai dan bahaya buat Ain....Seronok tengok gelagat kawan-kawan yang terjerit-jerit. Berminat hendak turut serta tapiii.....tentu sekali tidak diizinkan...

Perkhemahan - Hari ke dua Rabu 20 Mac

Perkhemahan Hari ke dua...Seawal 7 pagi selepas solat subuh dan tazkirah, kami mula berbaris dan membuat aktiviti menaikkan bendera dan senam pagi....Bersarapan pagi...sandwich sardin dan mentega serta biskut...disusuli kawad berpasukan......Cikgu-cikgu juga turut berlatih kawad......Kawan-kawan buat aktiviti massage...Aktiviti air...Ain berkayak dengan bantuan cikgu Quzai....terima kasih cikgu....terima kasih juga kepada semua yang terlibat dengan perkhemahan ini.......sementara itu kawan-kawan Ain membuat aktiviti 'Water rafting, menyelamat berhalangan permukaan basah, water confident, water crossing dan flying fox....riuh rendah kawan-kawan Ain bergilir-gilir terjun. Ada yang yakin, ada juga yang takut-takut.....Kemudian disusuli aktiviti ikhtiar hidup, menangkap ikan ....Selepas makan dan Solat Zohor kawan-kawan mula membuat aktiviti Menyelamat di air yang dikendalikan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi...masa ni Ain tak tengok sebab Ain sudah tidur selena-lenanya kerana kepenatan...heee...heee...hee...I'm sorry teacher...selepas Solat Asar kawan-kawan Ain memulakan aktiviti Jungle Tracking. Sekali lagi Ain tidak turut serta...Sebelah malamnya pula selepas Solat Magrib, tazkirah dan Solat Isyak...kami ada persembahan kebudayaan...Setiap kumpulan membuat persembahan termasuk Guru-Guru Pelatih......Berbincang untuk acara persembahan kumpulan...kumpulan Ain nyanyi lagu Aisyiteru..ikut serta..hanya jadi penonton saja...sedih sebab tak upaya buat aktiviti seperti kawan-kawan.....Selesai itu kami semua menjamu selera BBQ.....ada ayam. ada ikan dan ada udang...emmm...sedappppp....