23 November, 2011

Trip Komuter ke Seremban - 19Nov.2011

Ini merupakan pengalaman pertama Ain naik komuter bersama guru-guru dan rakan-rakan PKKI. Jam 9pg kami berkumpul di stesyen komuter Bdr.Tasik Selatan. Kami tiba di Seremban hampir jam 10pg. Kami jalan-jalan di Seremban Prade dan menjamu selera di Chicken Rice Shop. Jam 1tgh kami bersedia utk kembali semula ke Kuala Lumpur.

16 November, 2011

Aktiviti JogAThon - Dataran Merdeka 13 Nov.2011

JogAthon terakhir Ain bersama GB Mariana dan cikgu Shima (Kedua-duanya berbaju hijau) di mana mereka berdua akan menamatkan perkhidmatan dgn PKKI Disember ini. Sedih rasanya kerana Ain sudah bersama mereka sejak tahun 2004 iaitu ketika Ain berumur 7th. Terima kasih GB dan Cgu Shima...Mulai 2012 semuanya tinggal kenangan yg terindah...Satu demi satu Guru2 di PKKI meninggalkan Ain. Tambah sedih lagi, adik Raof juga akan berhenti belajar di PKKI. Ain juga yg masih di sini.... Entah bilalah nanti dapat berkumpul dgn mereka spt ini. Sedihnyaaaaa....

05 November, 2011

Pasukan Gerak Gempur/Aktiviti Sekolah (Painball) - 2 Nov.2011

Seronok tengok kawan-kawan main permainan ini. Ain tak main sbb p'mainan ni lasak jadi tak sesuai utk Ain. W/bagaimanapun Ain dpt bergambar lengkap dgn set pakaian utk p'mainan ini. Lucu juga tengok telatah kawan-kawan berperang...ada yg sampai jatuh dlm lopak air...kesiannn dia.

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...