29 Disember, 2011

Aktiviti Terakhir 2011 - 29 Dis.2011

Jamuan meraikan insan istimewa yg dianjurkan GAPURNA GROUPS di Hyatt Saujana Subang. Majlis yg dianjurkan setiap akhir tahun...

23 Disember, 2011

Rentitan Peristiwa Sepanjang Jalan, antaranya....

Dapat hadiah dr YAM Dato'Seri Raja Azureen RDAM MAFEC - April 2009. Kedua2 kaki masih bersimen(Dis.2006). Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih. Jangan Bersedih. Ain jarang menangis tetapi..sekali dia menangis, sayu hati kita melihatnya Seronoknya Ain Dpt Hamper. Hi Tea - Dorsett Regency Hotel. Permainan Melontar Tin. Eemm Ain eemm...cuba jatuhkan semua...

Seronoknyaaaa...PKKIHL dapat van baru.

Alhamdulillah...Pada 13 dis.(Selasa) yang lalu PKKI Hulu Langat telah menerima sumbangan sebuah Van dari Yayasan Sime Darby. Hari ini Ain turut diberi penghormatan memberi cenderahati jambangan bunga buat VIP dari Yayasan berkenaan. TERIMA KASIH YAYASAN SIME DARBY.

23 November, 2011

Trip Komuter ke Seremban - 19Nov.2011

Ini merupakan pengalaman pertama Ain naik komuter bersama guru-guru dan rakan-rakan PKKI. Jam 9pg kami berkumpul di stesyen komuter Bdr.Tasik Selatan. Kami tiba di Seremban hampir jam 10pg. Kami jalan-jalan di Seremban Prade dan menjamu selera di Chicken Rice Shop. Jam 1tgh kami bersedia utk kembali semula ke Kuala Lumpur.

16 November, 2011

Aktiviti JogAThon - Dataran Merdeka 13 Nov.2011

JogAthon terakhir Ain bersama GB Mariana dan cikgu Shima (Kedua-duanya berbaju hijau) di mana mereka berdua akan menamatkan perkhidmatan dgn PKKI Disember ini. Sedih rasanya kerana Ain sudah bersama mereka sejak tahun 2004 iaitu ketika Ain berumur 7th. Terima kasih GB dan Cgu Shima...Mulai 2012 semuanya tinggal kenangan yg terindah...Satu demi satu Guru2 di PKKI meninggalkan Ain. Tambah sedih lagi, adik Raof juga akan berhenti belajar di PKKI. Ain juga yg masih di sini.... Entah bilalah nanti dapat berkumpul dgn mereka spt ini. Sedihnyaaaaa....

05 November, 2011

Pasukan Gerak Gempur/Aktiviti Sekolah (Painball) - 2 Nov.2011

Seronok tengok kawan-kawan main permainan ini. Ain tak main sbb p'mainan ni lasak jadi tak sesuai utk Ain. W/bagaimanapun Ain dpt bergambar lengkap dgn set pakaian utk p'mainan ini. Lucu juga tengok telatah kawan-kawan berperang...ada yg sampai jatuh dlm lopak air...kesiannn dia.

23 Oktober, 2011

Kejohanan Olaraga Balapan & Padang Pend.Khas Peringkat Kebangsaan 2011

Ain berkesempatan hadir bersama kawan-kawan Sek.Men.Keb.Putrajaya Presint 9(2)menyaksikan majlis pembukaan kejohanan ini yg berlansung di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur pada 18 Okt.jam 2ptg. Sekolah Ain turut menyertai gerai pameran yg diselia oleh Guru-Guru dan beberapa org rakan Ain. Dua org murid sekolah Ain turut terpilih bagi mewakili Pend.khas Wilayah Persekutuan KL/Putrajaya. Majlis pembukaan dimeriahkan dgn acara perarakan kontijen dr seluruh Malaysia dan pertunjukan Army Red Warrior. Kejohanan ini b'lansung selama 4 hari dari 18 Okt. hingga 21 Okt. Kontijen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya mendapat tempat ke dua. TAHNIAH!

22 Oktober, 2011

Majlis Hari Kanak-Kanak PKKI - 18 Otk.2011

Majlis diisi dgn permainan yg disertai murid2 dan juga Guru2, nyanyian, tarian, penyampai hadiah dan cenderahati serta jamuan makan. Pastinya kek tidak ketinggalan...