27 Mac, 2010

Kembali Menjalani Fizio Terapi.

Sudah hampir 3 bulan aku berehat dari aktiviti menggunakan kaki TETAPI hari ini Jumaat, 19 Mac 2010 aku bisa memulakan latihan berbasikal ini...

07 Mac, 2010

Antara Mata Dan Mata Hati

Antara mata dan mata hati! Ketahuilah, aku bukanlah seorang ilmuan yg bisa menterjemahkannya dgn sesempurna mungkin. Justeru itu, apa yg kutulis ini adalah tafsiran secara umum shj. Mata dan mata hati, bunyinya seakan sama saja. Namun hakikatnya, ianya mempunyai pengertian atau tafsiran yg sgt berbeza. MATA...ia dapat dilihat, disentuh dan dilukis kerana ia wujud dgn nyata. Manakala MATA HATI....ia tidak dapat dilihat, disentuh mahupun digambarkan atau dilukis macamana rupanya dan keadaannya kerana ianya mempunyai pengertian yg amat dalam dan ianya sgt berhubung rapat dgn hati nurani. Orang celik menggunakan matanya untuk melihat tetapi lain pula dgn orang buta, mereka menggunakan mata hati untuk melihat. Seringkali orang celik tertipu dgn pandangan matanya kerana mata hatinya buta..mereka sayang pada yg cantik, yg kaya, yg sempurna dan yg berjaya TETAPI mereka benci pada yg buruk, yg miskin, yg cacat dan yg gagal (Gagal dari tafsiran akal mereka). Jiwa mereka kecil. Mereka berkawan mahupun berkhidmat dgn bersyarat. Andai kata mereka kecundang atau hilang segalanya..mereka akan menjadi seorang yg sgt kecewa. Lain pula dgn mata hati...mata hati tidak pernah membohongi kita selagi hati nurani kita bersih dari segala sifat-sifat keji dan selagi kita DiRahmati Allah. Mata hati akan memperlihatkan kepada kita..mana yg benar, mana yg palsu dan mana yg intan, mana yg kaca. Kita jadi orang yg berjiwa besar...Kita berkawan dan kita berkhidmat dgn tanpa syarat. Semuanya kita lakukan dgn penuh keikhlasan sebab semuanya kerana Allah. - 7 Mac 2010.

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...