ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
29 Disember, 2010
Ketemu Semula Dgn Cikgu Fizio...Cikgu Mano (22 Dis. 2010)
Ain bersama dua orangg rakan PKKI Hulu Langat diraikan sempena 'Birthday' mereka...Kek disediakan oleh pihak PKKIHL. Terima kasih dari Ain...
18 Disember, 2010
Hi Tea - Dorsett Regency Hotel (17 Dis 2010)
05 Disember, 2010
Mengunjungi MAHA 2010 - 1 Dis.
Planingnya pg2 lagi mak nak bawa Ain, abg & adik mengunjungi MAHA supaya dpt parking dkt dgn pot Pameran MAHA...Tau2 ayah ambil cuti & ajak kami p KL dulu utk uruskan satu urusan. Tak jadi b'sarapan pg di MAHA....kami b'sarapan pg 'nasi lemak tanglin di KL'. Selesai urusan ayah barulah kami ke MAHA.. Penat krn kaw. MAHA luas sgt, tapi seronok. Macam2 ada..Ayah dgn mak sempat menyertai seminar lagi(anjuran FAMA - selama 1 jam). Malangnya kami tak dpt jelajah semua tempat krn hari hujan.
30 November, 2010
Latihan Utk Menguatkan Otot Kaki Manggunakan Tilktable (Standing Frame).
Beginilah latihan/fizionya sama spt yg dibuat di hospital. Biasanya fizio ini mengambil masa paling minima satu jam. Minit pertama Nur Ain masih boleh t'senyum TETAPI...msk ke minit 45, muka Ain dah semacam..muka minta di kasihani & akhirnya Ain akan menangis. Dlm situasi ini kami t'paksa keraskan hati walaupun sebenarnya di dlm hati rasa 'kesiannn...'. Disamping membiarkan Ain berdiri..aktiviti sampingan juga akan dibuat iaitu aktiviti utk fizio tangan, penumpuan (mata) & IQ juga.
Kesiannnn Ain!!!
24 November, 2010
04 November, 2010
Aktiviti Terakhir Ain Bersama Pend.Khas SKPP9(2). Lawatan ke Petrosains & Aquaria dgn menaiki bas.
Perut sudah kenyang..apa lagi, Ain bersama rakan-rakannya pun bergambarlah buat tanda kenang2an. Ain jarang sgt berpeluang menyertai aktiviti2 luar yg perlu menaiki bas ni krn keadaannya. Akan tetapi aktiviti kali ini Ain ikut serta almaklumlah th 2011 Ain naik sek.men. Emak pun kena ikut...kalau mak Ain tak ikut maka Ain tak dptlah ikut aktiviti nii. Begitulah keadaannya...Faham2 ajelah!!
31 Oktober, 2010
Mini Sports PKKI Hulu Langat - Sabtu 30 Okt.2010
Di sini, semua murid dilayan samarata...tanpa ada istilah pilih2 dan pengecualian. Semua murid diberi peluang menyertai apa jua aktiviti sekolah. Guru2 dan ibubapa saling bantu-membantu menguruskan murid....tanpa istilah berkira2 mahupun sungutan letih atau sebagainya. Memang ini aktiviti NGO tetapi..di sini kami tidak dikenakan bayaran yg mahal spt di tempat2 lain namun...perkhidmatan atau bantuan yg diberi utk anak2 istimewa di sini tetap lengkap spt di tempat2 lain...ada kelas pembelajaran , ada fizio terapi, ada OT dan ada kelas petuturan. Malah pihak sek memainkan peranan kebajikan di mana bagi murid2 yg krg b'kemampuan utk membayar yuran akan dicarikan penaja padahal lis pelanggan/murid menunggu tidak t'layan krn kekurangan tempat..begitulah rasa tanggungjawab sosial pihak sek t'hadap anak2 istimewa. Di sini Ain lebih ceria dan lebih byk peluang diberi utk Ain & murid2 lain juga. Fikirkan boleh, pasti kita boleh, Insyallah...
11 Oktober, 2010
Jamuan raya Pend.Khas SKPP9(2) - Sabtu, 9 Okt.2010.
27 September, 2010
Jamuan Raya PKKI Hulu Langat - Sabtu, 25 sept.2010.
Langgan:
Catatan (Atom)