26 Ogos, 2017

Boccia Selangor And Boccia Malaysia - Friendly Match

Sesi memanaskan badan... video ______________________________
...Meskipun hari masih hujan namun seawal pagi Sabtu 26 Ogos 2017 Ain dan saya keluar rumah untuk bersama beberapa Atlet Boccia Selangor menyertai perlawanan persahabatan dengan team Boccia Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur. Acara yang dipertandingan...BC-3, Pare BC-4 dan Team gabungan BC-1 dan BC-2 ..Perlawanan kali ini, Boccia Selangor tidak diwakili pemain-pemain utama kami iaitu Shahrul (BC-1), Dale (BC-2) dan Farid (BC-4) kerana mereka telah dipilih mewakili pasukan Boccia Kebangsaan untuk Pertandingan Para Asean yang akan berlangsung pada bulan September di mana Malaysia menjadi tuan rumah......Semasa acara BC-3 berlangsung saya sempat berbincang dengan kapten team Boccia Selangor iaitu Salehudin untuk kelancaran permainan team kami...Ini adalah pengalaman pertama perlawanan tanpa pemain-pemain utama kami.......Kali ini kami berhadapan dengan kesukaran kerana tahun ini kami belum membuat latihan secara berpasukan, malah ada atlet yang belum pernah berlatih bersama kami. Atlet yang terlibat untuk team Boccia Selangor...Ain, Amir, Hakim, Kesava dan Saleh... Kesava merupakan atlet baru kami.... video....Alhamdulillah, walaupun team kami kalah tetapi kami telah mendapat pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perlawanan persahabatan ini. Sebelum pulang kami mengambil gambar kenang-kenangan dan makan tengahari di sana....



24 Ogos, 2017

Training Lagi Dan Lagi

...Selasa 22 Ogos 2017, training bersama Amir dan Syafiq......Rabu 23 Ogos 2017 Ain training bersama Amir, Syafiq dan Yusuf. Sebelum balik, kami buat latihan secara team...Ain, Amir dan emak satu team. Manakala Syafiq, Yusuf dan ayah Syafiq satu team...

21 Ogos, 2017

Ziarah abang-abang Boccia Selangor di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan KL

...Isnin 21 Ogos 2017, Ain bersama emak meluangkan masa menziarahi atlet Boccia Selangor iaitu Shahrul, Dale dan Farid yang terpilih mewakili Boccia Malaysia ke pertandingan Para Asean Kuala Lumpur...

15 Ogos, 2017

Training Lagi

Tanggal 14 Ogos 2017 Ain training lagi..training sendirian...
video
video

...Sabtu 19 Ogos sekali lagi Ain training sendirian...

13 Ogos, 2017

Ativiti Ain Pagi & Petang

...Ahad 13 Ogos 2017, sebelah paginya Ain menghadirkan diri kelas pertuturan di Sri Hartamas anjuran GAPS Malaysia. Manakala di sebelah petang pula Ain swimming di Home Spa Ice Therapy, Seksyen 11 Shah Alam..._____
video

22 Julai, 2017

Training Boccia

...Sabtu 22 Julai 2017, Ain bersendirian training......Harini Ain hanya buat latihan santai saja sebab Ain masih belum sihat sepenuhnya...ada saki baki selsema dan batuk...

20 Julai, 2017

Ain With RDA Group Wednesday

...Rabu 19 Julai 2017, Ain bersama kawan-kawan RDA group Rabu mengikuti kelas RDA selepas bercuti selama sebulan. Hari ni hanya ada en.Muthu (Orang kuat RDA) dan Nor (Mak abang). Untuk itu, saya dan Mummy Janna bergilir-gilir lead Pumkin......Berkat kerjasama bersama, kelas RDA hari ini berjalan lancar dan dengan jayanya, Alhamdulillah...TAHNIAH kepada semua yang terlibat.

17 Julai, 2017

Ain Sensitif Hari Ini

Aduhai...bukan senang nak tengok Ain menangis. Harini Ain sensitif pula...Tak bagi dia main latop (Tengok YouTube/dengar lagu).. tau-tau udah meleleh ayor matenya weh!!! Apa lagi kena sakat le..inilah yang sempat kami snap dan abadikan dalam entri blog ini... Namun wajah comel tetap ada walaupun nangis...koikoikoi...

MOTIVASI HIDUP/DIRI.....

Mungkin ini yg sedang kita hadapi ! Gagal, gagal, gagal dan gagal... Beberapa teman berhasil, tapi kita masih gagal. ----- Kadang kita iri dgn keberhasilan org lain. Kapan aku bisa berhasil? Teruslah mencuba, mencuba dan mencuba lagi... Mungkin yg terakhir itulah kita... Usaha kita pasti membuahkan hasil.. ------ Gagal, itu biasa.... TERUS BERUSAHA, ITU BARU LUAR BIASA... ------ When the world says, give up... Hope whispers...Try it one more time. Don't give up ! Never, never never Give Up. ----- You are Stronger..than you think ! I can do it ! YOU CAN DO IT !!!
_________
video

16 Julai, 2017

Majlis Sambutan Raya RDA Polo Club Ampang

......Selasa 11 Julai 2017 bersamaan 17 Syawal 1438, Ain hadir di Majlis Sambutan Raya di Polo Club Ampang. Majlis meriah dengan kehadiran pelatih-pelatih RDA termasuk Ain, ibu/bapa, guru-guru, volunteers. Tatamu VIP kami YTM Raja Dato' Seri Azureen Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Al-Maghfullah Shah......Usai ucapan aluan-aluan dari big bos..YTM Raja Dato' Seri Azureen bergerak dari meja ke meja pelatih-pelatih RDA untuk menyampaikan duit raya. Alhamdulillah Ain masih diingati oleh tuanku Sayang. Pipi ain dicuit sambil disapa oleh YTM Raja Dato' Seri Azureen. Macam biasalah Ain tersengeh je......Kemudian kami menjamu selera dengan perbagai juadah. Antaranya Nasi goreng, nasi lemak, rendang, ketupat, lemang, mee kari, rojak..airnya , air sirap dan cendol..emm...semuanya sedap......Sambil makan sambil possing-possing......Sebelum tetamu VIP meninggalkan majlis kami sempat bergambar dan bersalam-salaman. YTM Raja Dato' Seri Azureen sempat mencium umbun-umbun kepala Ain. Ain sekali lagi bersalaman dengan YTM sambil tersenyum. Semoga di lain waktu kami bisa ketemu lagi dengan Tengku Sayang... aamiin...
...Jam 12 ++ kami bersurai. Ain membawa balik nasi lemak dan rojak sebab tadi Ain makan sedikit saja juadah yang tersedia tu....Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi naaa...